Manusia perlukan zikir sebagaimana ikan perlukan air....dan.... Jikalau mampu jadilah pohon yang paling tinggi di atas bukit, jikalau tidak cukuplah menjadi rumput, tetapi biarlah rumput yang paling hijau di muka bumi.

Tuesday, December 4, 2018

It is..

Assalamualaikum...

Bila seseorang yang bukan cenderung kepada sastera atau penulisan, dia memerlukan masa yang panjang untuk menulis sesuatu. Tetapi bukan bererti dia tidak boleh menulis.

Sama juga dengan kefahaman seseorang. Ada yang perlukan masa yang panjang untuk memahami sesuatu perkara tetapi bukan bererti selamanya dia tidak akan faham akan sesuatu perkara tersebut. Kita cuma perlu buka hati dan buka minda untuk memahami.

Sama juga dengan anak murid tulip, sometimes, tulip rasa kenapa diorang tak faham faham sepanjang tulip mengajar. But at the end, alhamdulillah, syukur kepada Allah SWT, all of them (yang tulip mengajar) lulus. Walaupun ada dari kelas lain yang gagal tapi kita kena yakin mereka dah berusaha. Tulip always ingatkan diri supaya jangan salahkan sesiapa terutamanya diri sendiri bila kita berapa dalam kesempitan. Yang penting sebagai seorang pendidik dan manusia, kita jangan berputus asa terhadap terhadap diri sendiri dan mereka. In shaa Allah, kejayaan akan datang walaupun lambat bagi yang berusaha.

Same with our life... Please dont blame others and ourself... Sentiasa ingatkan diri untuk terima dengan hati terbuka.

#UPSR2018

No comments:

Search This Blog

share your link here.....